Ali-Aleya #1 : Borak 'Kosong'

Radio terpasang dengan nada rendah. Leya kebosanan, lalu diambilnya gitar akustik beliau, lalu dipetik, suara sedikit terjerit, tapi tonanya lari entah kemana. Ali pula sibuk melayan laman web sosial burungbiru. Seronok Ali melayan 'trend' semasa, rasa terganggu. Bernanah agaknya telinga beliau dengan suara sengau Leya. Terus beliau cakap lepas pada Leya.


Ali: "Woi, suara kau ni la Leya (sebutan: Lia) , aku rasa dah boleh challenge katak la kalau nk panggil hujan…"


Leya: "Eh, suka hati aku la, bukan aku memekak sangat pun, terlebih capang agaknya telinga kau ni, aku tengah buat lagu ni, jangan nak sibuk sangat la..."


Ali: "Kau buat lagu? Kau dah buat appointment doktor belum ni? Aku rasa otak kau dah teralih kat lutut. Mohon la buat pembedahan bagi betul sikit letaknya otak ko tu. Kau nak bagi nama apa kat lagu kau tu? 1-2-Die (baca: Want To Die)?


Leya: "Memang cemerlang idea kau, silap haribulan tumbuh sayap gitar aku ni karang…"

Ali: "Eloklah kalau bersayap gitar kau, lagi untung kau jual gitar bersayap dari jual lagu kau, extraordinary lah sikit gitar kau tu kalau betul bersayap…"


Leya: "Cilaka, takpe, aku tak kisah, lantaklah apa kau nk borak.Engko tu, konon je ko layan isu semasa, tapi nampak kat aku, berumah bawah tempurung jugaklah.. kau tak tau ke, kalau aku pekena langsir kat kepala, duduk atas stool tinggi, rekod lagu masuk utiup, boleh popular tahu…" Habis saja borak Aleya, radio mula pasang lagu ni…

 

p.s: Cerita ni bukan nk menganjing sesapa, gua cuma nk melawak sengal ubi kayu, memang takda kaitan dgn yang hidup ataupun yang mati, anyway, lagu ni mmg gua minat. #honest


 p.s.s: Dialog terakhir Ali semasa scene ni tak dapat disiarkan. Lepas saja Ali cakap, terus tumbuh sayap gitar si Aleya. Gua pon terkejut dan tergelak berdekah, sampai terlupa ayat sebenar si Ali. Elok kalau ada pembaca yang kot2 dapat ngagak apa kata si Ali boleh komen kat bawah. Kalau tepat tekaan 'mungkin' dapat HADIAH. Selamat mencuba.

Comments