Raison D'Etre



Raison D'etre, sebab untuk terus hidup, setiap manusia lain-lain. Selalunya, kita meletakkan Raison D'etre kita pada benda yang kita sayang. Sayang Tuhan contohnya, maka wujudlah sesetengah orang yang hidup semata mengabdikan diri kearah jalan keagamaan. Paderi contohnya. Sayang negara, maka wujudlah parajurit dan patriot yang hidup semata cuma mahu melindungi keselamatan negara. Askar contohnya. Sayang keluarga, maka wujudlah sesetengah manusia yang berusaha keras untuk memastikan anak-anak, adik-adik, ibu bapa cukup makan dan pakai. Sayang kekasih, maka wujudlah sesetengah manusia yang melakukan setiap sesuatu demi kebahagiaan pasangan mereka.

"We care for something that we want to protect, we care for something that we love"

Tapi, realiti hidup, memang tak sah kalau tiada liku. Tapi bila cakap pasal liku dan dugaan, 'cara' liku dan dugaan yang diterima setiap manusia lain-lain. Tahap cabaran yang kita terima juga tak sama. Ada yang diuji dengan macam-macam cabaran, uji dengan kematian, kehilangan, bahkan, kekayaan pon boleh jadi satu ujian buat kita. Terkadang, semua cabaran yang kita lalui buat kita tertekan. Sampai masa, kita mungkin akan mencapai satu tahap dimana kita rasa hidup ini tak bermakna. Tapi, ada sebab tuhan cipta kita. Setiap cabaran, setiap permasalahan, ada penyelesaian. Oleh itu, kita mesti mencari satu sebab untuk terus hidup. Raison D'etre.

"You're the reason I keep breathing, I can't live without you"

Bila kita hilang punca, hilang tujuan, hanya kita punya Raison D'etre lah yang menyebabkan kita terus gigih berusaha untuk terus hidup. Walau segala rintangan dan cabaran yang datang bertimpa. Sekarang terpulang pada kita. Pada siapa, pada apa kita nak letak kita punya Raison D'etre. Satu je aku cakap, Jangan letak pada manusia kerana manusia bukan kekal abadi. Kalau 'dia' pergi, kau nak 'pergi' sekali? Jadi, apa Raison D'etre anda? Tepuk dada tanyalah rasa... sakit kan.. tepuk kuat lagi.. kahkahkahkah...

p/s: "Maka berpeganglah kamu keatas jalan kebenaran, walau pahit, mungkin ada manis, asal kau terus berjalan, pasti sampai tujuan..." LIVE ON!!!

Comments