Kisah Sang Babi

Babi. Rasanya mmg tak lekang lah perkataan 'Babi' dari mulut anak2 muda sekarang. Untunglaa babi, manusia lagi suka zikir nama beliau dari nama tuhan. Cakap pasal babi, aku ingat satu cerita yang member aku selalu up hampir tiap kali lepak. Kata beliau, salah satu sebab kenapa babi ni diharamkan di sisi agama Islam dan Judaism adalah kerana perangai babi ni sendiri.


Borak beliau, babi ini adalah haiwan pengotor. Boleh kata segala jenis sampah sarap babi telan. Tak kira la boleh hadam ke tak, sedangkan tahi pon babi telan jugak. Gua cakap, "eh, arnab pon makan tahi sendiri ma…" Kata beliau, "babi bukan setakat taik sendiri, taik engko pon beliau telan tahu. Arnab ni hanya makan tumbuh-tumbuhan, tujuan arnab makan balik tahi untuk pastikan semua makanan tercerna. Babi ni tidak, main makan je, bukan mengira lapar."

Dari segi sistem penghadaman makanan pulak, babi mengambil masa 4 jam untuk semua makanan yang beliau telan. Banding pula dengan binatang yang halal dimakan, lembu contohnya, sistem penghadaman lembu memang cekap. Bukan setakat satu, tapi semua lembu mempunyai empat ruang perut. Ce pikir, kalau 4 jam je tempoh hadam, memang tak lah segala toksin-toksin dalam badan berjaya dikeluarkan. Sebab tu lah banyak penyakit berpunca dari babi, sebab, tak sempat hadam segala, dah kena sembelih dan jual. Makanya beralih la toksin segala ke badan manusia pulak. Tambah beliau lagi, eloklah jangan makan babi sebab memang TUHAN larang makan babi.

Panjang jugaklah beliau bercerita pasal babi ni, sekali sekala terbatuk. Kering tekak mungkin. Di capainya gelas 'Carlsberg', hirup gitu je depan aku.

"Babi jugak member aku ni," Kata aku dalam hati.

p/s: Mungkin kita patut zikir lembu pulak lepas dah tahu sikap kotor babi ni…kahkahkahkahkah...

Comments